Tuesday, November 20, 2018

Al-Imran Ayat 19

3.3.19 
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 19:

Ringkasan tafsir; 
Sesungguhnya semua syariat agama yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul adalah berjiwa Islam.
Islam itu menyerah diri  tunduk kepada Allah dan patuh syariat yang diturunkan oleh Allah.
Islam itu “taslim” yang menyerah yakin percaya dan berikral menunaikan amal yang baik.
Islam dikenal keimanan dari amalnya dengan mempertahankan pegangan yang teguh.
Ahli kitab (Yahudi & Nasrani) telah diberi pengetahuan tentang Islam, tapi mereka bertelingkah sesama mereka demi diatas sikap dengki dan ujud masyarakat berpuak-puak serta berbuat hal melampaui batas mengubah kitab-kitab mereka dan bunuh-membunuh sesama sendiri kerana berebut kuasa untuk jadi ketua dikalangan mereka.
Oleh itu umat Islam disarankan agar tidak mengikut jejak langkah tingkah laku yang buruk diamalkan oleh sebahagian ahli kitab yang ingkar kepada Allah. 

Kesimpulan; 
Umat Islam hari ini sudah mulai lumpuh seluruh tenaga kesatuan dikalangan umat Islam dengan ketiadaan tenaga kesatuan yang kuat akan dipergunakan kesempatan oleh musuh-musuh untuk menewaskan umat Islam seluruh dunia.  
KERANA APA ?
Umat Islam hari ini sudah mula mengikut tabiat sebahagian ahli kitab yang mengamalkan perkara buruk seperti berikut;
1. Bertelingkah sesama sendiri.
2. Bertelingkah dalam agama.
3. Mengujud masyarakat berpuak-puak.
4. Saling tidak hormat menghormati antara satu sama lain.
5. Saling menegakan fahaman  yang bertentangan dengan AlQuran dan AlSunah. 

.


.
RUJUKAN SUMBER, 
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8   

.
via, 

kongsismartherbs@gmail.com (recover, jmbtam@yahoo.com)  
(BS mail; 
kongsismartherbs.knajid@blogger.com)