Tuesday, November 20, 2018

Al-Imran Ayat 19

3.3.19 
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 19:

Ringkasan tafsir; 
Sesungguhnya semua syariat agama yang dibawa oleh semua para Nabi dan Rasul adalah berjiwa Islam.
Islam itu menyerah diri  tunduk kepada Allah dan patuh syariat yang diturunkan oleh Allah.
Islam itu “taslim” yang menyerah yakin percaya dan berikral menunaikan amal yang baik.
Islam dikenal keimanan dari amalnya dengan mempertahankan pegangan yang teguh.
Ahli kitab (Yahudi & Nasrani) telah diberi pengetahuan tentang Islam, tapi mereka bertelingkah sesama mereka demi diatas sikap dengki dan ujud masyarakat berpuak-puak serta berbuat hal melampaui batas mengubah kitab-kitab mereka dan bunuh-membunuh sesama sendiri kerana berebut kuasa untuk jadi ketua dikalangan mereka.
Oleh itu umat Islam disarankan agar tidak mengikut jejak langkah tingkah laku yang buruk diamalkan oleh sebahagian ahli kitab yang ingkar kepada Allah. 

Kesimpulan; 
Umat Islam hari ini sudah mulai lumpuh seluruh tenaga kesatuan dikalangan umat Islam dengan ketiadaan tenaga kesatuan yang kuat akan dipergunakan kesempatan oleh musuh-musuh untuk menewaskan umat Islam seluruh dunia.  
KERANA APA ?
Umat Islam hari ini sudah mula mengikut tabiat sebahagian ahli kitab yang mengamalkan perkara buruk seperti berikut;
1. Bertelingkah sesama sendiri.
2. Bertelingkah dalam agama.
3. Mengujud masyarakat berpuak-puak.
4. Saling tidak hormat menghormati antara satu sama lain.
5. Saling menegakan fahaman  yang bertentangan dengan AlQuran dan AlSunah. 

.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER, 
Juzuk3, Surah3
Terjemahan, 11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8     








Al-Imran Ayat 18


3.3.18  

Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 18:
.

Ringkasan tafsir;

Dalam ayat ini menyatakan bahawa “sahadah” yang besar yang dalam kitab Allah Azza Wajalla, tiada tuhan melainkan Allah dan malaikat berserta orang berpengetahuan naik sebagai saksi, Allah berdiri dengan adil  yang maha perkasa lagi bijaksana.


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8 


Al-Imran Ayat 17

3.3.17
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 17:


Ringkasan tafsir;
Takwa itu adalah orang yang sabar dan benar yang patuh mengikut perintah Allah, sentiasa memberi nafkah serta memohon ampun setiap hari pada akhir malam (tahajjud) ;- 
1.Sabar menunaikan kewajipan, sabar diuji kemiskinan dan sakit dan masa perang.
2. Benar pada ucapan dimulut dan dihati.
3. Patuh yang penuh khusyuk yang menjiwai ibadat siang malam.
4. Memberi nafkah merupakan pemberian wajib, zakat adalah wajib, dan sedekah sunat kepada diri sendiri dan ahli keluarga kerabatnya yang terdekat jiran tetangga bagi merapatkan sliaturrahim dikalangan ahli dan jiran sekeliling.

5. Mohon Ampun sepanjang akhir malam (tahajjud) hingga terbit fajar yang dilakukan selalu hingga menjadi kebiasaan bagi mereka. 

.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3 
Terjemahan, 11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8    



Al-Imran Ayat 16

3.3.16 
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 16:


.
Ringkasan tafsir;
Mereka yang bertakwa itu sentiasa menjauhkan diri dari menderhakai Allah dan benar-benar beriman dengan apa yang diturunkan kepada Rasulullah, sentiasa berdoa sepanjang masa mohon keampunan.

.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKANA SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan,
11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8