Friday, February 21, 2020

Al-Imran_3-3-37


3.3.37.
Juz:3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 37:

Ringkasan tafsir;
Apabila Hannah telah melahirkan anaknya diberi nama Maryam dan dibungkus dengan baik dan dibawa kerumah ibadah Baitulmuqadis lalu diletak dihadapan para pendita keturunan Nabi Allah Harun, seraya berkata “Nah ambil anak saya ini sebagai membayar niat nazar saya”. Maka pendita-pendita yang hadir itu masing-masing berebut-rebut untuk memelihara Maryam, dan muncul Zakaria pada ketika itu mendakwa dia paling layak untuk memelihara anak tersebut. Maka masing-masing tidak berpuas hati dan mereka mengadakan undian siapa yang layak menjaga anak itu. Dan akhirnya Zakaria berjaya dalam undian, dan membawa Maryam kerumah dan disediakan suatu tempat sebagai rumah ibadat khas untuk Maryam yang mempunyai 7 lapis pintu dan Maryam berada dalam mihrab bilek tersebut yang tidak dapat dimasuki oleh sesiapa pun kecuali Zakaria yang menjaganya.
Apabila setiap kali Zakaria membuka pintu menjengok Maryam adalah didapati sentiasa ada makanan dan minuman yang lazat disamping Maryam. Lalu Zakaria bertanya kepada Maryam bahawa dari mana datangnya makanan minuman tersebut, dan jawab Maryam, “sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa sahaja yang dikehendaki Nya dengan tiada terkira”.

[Rumah] [Sebelum] [Selepas]


Link,
[BS] https://menghulurmenadah.blogspot.com/2018/12/al-imran-ayat-37.html 
[FBj] https://www.facebook.com/rosliauta.gmailcom/posts/1870409506427892 



via,
kongsismartherbs@gmail.com
(knajidads4ymailgmail@yahoo.com)  
(BS mail; kongsismartherbs.knajid@blogger.com)