Al-Maidah, dari Ayat 71~80.
71. Dan mereka sangka,
bahawa tidak akan ada percubaan, lantas mereka jadi buta dan tuli, kemudian
Allah beri taubat kepada mereka kemudian kebanyakan dari mereka jadi buta dan
tuli. Pada hal Allah melihat apa yang mereka kerjakan.
72. Sesungguhnya telah kufur orang-orang yang berkata,
bahawa Allah itu ialah Al’Masih anak Mariam, pada hal Al’Masih telah berkata; “hai bani Israel
! sembahlah Allah, Tuhan ku dan Tuhan kamu, kerana barang siapa menyekutu
Allah, maka sesungguhnya Allah haramkan atas nya syurga, dan tempat kembali
nya, ialah neraka, dan tidak lah ada penolong-penolong bagi orang-orang yang
zalim”.
73. Sesungguhnya telah kufur
orang-orang yang berkata, bahawa Allah itu yang ketiga daripada tiga, pada hal
tidak ada Tuhan, malainkan Tuhan yang tunggal, dan jika mereka tidak berhenti
dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang-orang kafir dari
mereka itu azab yang pedih.
74. Dari itu, tidak kah
mereka mahu bertaubat kepada Allah dan meminta ampun kepada nya, kerana Allah itu
pengampun, penyayang ?
75. Tidaklah Al-Massih anak Mariam, melainkan seorang Rasul sebagai Rasul-Rasul yang
telah terdahulu daripadanya, dan ibu nya seorang perempuan yang sangat taat,
adalah dua-dua nya memakan makanan. Lihatlah bagaimana kami terangkan kepada
mereka tanda-tanda, kemudian lihatlah, bagaimana mereka dipalingkan.
76. Katakan lah; “adakah patut kamu sembah selain daripada Allah, suatu yang
tidak berkuasa mudaratkan dan tidak boleh manfaatkan kamu, sedangkan Allah itu,
ialah yang mendengar, yang mengetahui ?
77. Katakan lah; “hai ahli
kitab ! janganlah kamu melebih-lebihi didalam agama kamu dengan tidak benar,
dan jangan lah kamu turut hawa nafsu satu kaum yang dahulunya telah sesat dan
menyesatkan kebanyakan manusia, dan sesat dari jalan yang lurus”.
78. Telah dilaknat
orang-orang kafir daripada bani Israel atas lidah nabi Daud dan nabi Isa anak
Mariam, yang demikian, kerana mereka itu
derhaka dan melewati batas.
79. Adakah mereka tidak
berlarang-larangan daripada munkar yang mereka kerjakan, sesungguhnya amat
jelek apa yang mereka telah kerjakan.
80. Engkau akan lihat kebanyakan dari mereka jadikan
orang-orang kafir sebagai ketua !
sesungguhnya amat jelek lah apa yang
telah disediakan bagi mereka oleh diri-diri mereka iaitu kemurkaan Allah atas
mereka, dan didalam azab lah mereka akan kekal.
Following Twitter,
[] https://twitter.com/17SungaiLembing/status/663689771588317184
Via,
KongsiSmartHerbs@gmail.com
jmbtam@yahoo.com